Pengenalan

1. PENGENALAN

Perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia telah mula disambut sejak tahun 1995. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Tahun 2010 merupakan tahun kedua Koperasi SMK Seri Kenangan Segamat Berhad menjalankan sambutan HKS. Visi dan misi koperasi sekolah ingin memperlihatkan usaha koperasi sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota. Selaras dengan tema sambutan HKS tahun ini, pihak koperasi menyediakan pelbagai aktiviti pendidikan, ekonomi, dan sosial dan budaya sesuai dengan peredaran masa kini.

Kemenangan pihak koperasi sekolah menerima koperasi 4 bintang dan tersenarai dalam 15 koperasi terbaik Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2009 Peringkat Kebangsaan memberikan inspirasi dan keazaman yang lebih jitu untuk menjadikan sambutan HKS pada tahun ini mencapai sasaran dan mutu yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

2. TARIKH PERAYAAN DAN TEMA SAMBUTAN

Sambutan akan diadakan pada 27 Jun hingga 7 Julai 2010.Tema sambutan adalah "KREATIVITI DAN INOVASI MEMPERKASAKAN KOPERASI SEKOLAH "
 
Portal Rasmi Sambutan Hari Koperasi Sekolah Peringkat SMK Seri Kenangan 2010 © 2010 | Back to top