Siapa Kami ?

Penyelaras (Guru) Sambutan Hari Koperasi Sekolah, Encik Rahmat Bin Hashim dan Saudara Muhd Hisyamuddin Bin Ibrahim menerima hadiah daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Antara tulang belakang yang menjayakan Sambutan Hari Koperasi Sekolah. Dari kiri, Saudara Muhd Haziq Shah, Saudara Muhd Hisyamuddin, Encik Rahmat Bin Hashim, Saudara Bukhari dan Saudara Muhammad Arif.

Tahun 2009 merupakan tahun pertama Sambutan Hari Koperasi Sekolah diadakan di SMK Seri Kenangan Segamat. Seramai 16 orang ahli jawatankuasa dilantik dalam kalangan guru dan Ahli Lembaga Koperasi untuk menjayakan sambutan yang julung-julung kali diadakan ini.

Dengan tema "Integrasi Koperasi Sekolah Dan Koperasi Dewasa Teras Kecemerlangan", pelbagai aktiviti dan program telah dirangka untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang kepentingan koperasi sekolah dalam memupuk nilai-nilai keusahawanan yang tinggi.

Kemeriahan dan kegemilangan sambutan HKS 2009 di SMK Seri Kenangan Segamat melayakkan pihak koperasi mendapat pengiktirafan koperasi 4 bintang dan menjadi antara 15 koperasi sekolah terbaik pada Majlis Penyampaian Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik HKS/PKS 2009 dan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Hotel Grand BlueWave, Shah Alam pada 1 November 2009.

Tahun 2010, dengan tema "Kreativiti Dan Inovasi Memperkasa Koperasi Sekolah" Ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Koperasi Sekolah telah merangka aktiviti yang lebih hebat dan menarik untuk memupuk nilai inovatif dan kreatif dalam diri warga sekolah. Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2010 akan diadakan bermula pada 27 Jun 2010 hingga 3 Julai 2010.
 
Portal Rasmi Sambutan Hari Koperasi Sekolah Peringkat SMK Seri Kenangan 2010 © 2010 | Back to top